IMAN MENGIKUT TA'RIFNYA IALAH:
Tasydik (niat) dengan hati,
Ikrar (lafaz) dengan lidah, dan
Beramal (melakukan) dengan anggota.
Iman, walaupun amalan hati dengan keyakinan namun ia dapat dikesani melalui lidah dan perbuatan (amalan) anggota. Begitulah senangnya untuk masuk kedalam gulungan orang yang beriman dengan melafazkan kata-kata iman dan melakukan pula amalan-amalan. Oleh yang demikian adalah lebih tepat digunakan perkataan Islam manakala didapati kenyataan dari lidah dan kelakuan, dan Islam itu termasuklah samaada orang2 Islam itu muslim yang mukmin atau muslim yang sebenar atau orang muslim munafik. Islam itu dengan melafazkan dua kalimah syahadah tanpa sebarang upacara, maka seseorang itu telah Muslim, mengucapkan syahadah itu pula dengan sendirinya telah mengaku konsep rukun iman percaya kepada Allah dan Rasulnya yang berarti apa yang disampaikan oleh Rasul (Wahyu Allah) itu mestilah dipatuhi. Perlembagaan hidup seorang Muslim itu adalah perpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasullullah yang sebenar.
Iman dan Islam tidak boleh dipisahkan. Manakala menjadi seorang Mukmin maka ia mestilah Muslim dan begitulah pula jika Muslim ia mestilah Mukmin, dengan demikian barulah bertepatan dan bersesuaian apa yang dipercayai dengan apa yang dilakukan.
Sekiranya bertentangan amalan dengan keyakinan, maka terkeluarlah dari lingkungan iman dan dengan sendirinya masuk kedalam lingkungan kufur iaitu sesat, syirik, batal dan derhaka, atau dalam lain-lain perkataan mereka itu berpura-pura mengaku Islam dan beriman, sedangkan hakikatnya amal dan kelakuan tidak menepati konsep iman dan konsep Islam yang sebenar.
Sebagai umat Islam, sepatutnya menilai kedudukan masing-masing sejauh mana imannya, islamnya, amalannya, kelakuannya adakah menepati dengan kehendak Islam dan iman. Inilah jalan yang sebenarnya bagi kebahagian diri sendiri, keselamatan dan keagungan keperibadian masyarakat Islam yang dihormati dan dimuliakan.
Dengan imanlah seseorang sanggup menggerakkan anggota badan sesuai mengikut ajaran2 Al-Quran dan Sunnah Rasullullah. Imanlah satu-satunya tenaga yang sanggup menerima sesuatu dengan penuh sabar dan tenang. Imanlah juga yang mendorong manusia ke jalan yang diredhai Allah, tanpa iman yang mendalam manusia tidak akan sanggup melakukan perintah Allah dan menjauhi larangannya. Peranan iman banyak disebutkan oleh Rasullullah s.a.w. diantaranya: " Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia kasih kepada saudaranya seperti ia kasih kepada dirinya sendiri." Sifat malu juga adalah sebahagian daripada iman, Sabda Rasullullah s.a.w: " Apabila engkau tidak malu, buatlah apa yang engkau mahu."
KUFUR:
Kufur berarti gelap dalam kesesatan dan kebatilan, syirik dan durhaka, belum sempurna syarat beriman selagi belum diikuti apa yang dipercayai sesuai dan bertepatan dengan kata lidah dan amalan anggota. Demikian pula amat mudah menjadi orang munafik, sedang hatinya sedikit pun tidak beriman, cuma melafazkan kata-kata beriman, sedang ia melakukan amalan anggota semata-mata untuk tujuan tertentu, untuk kepentingan
peribadi dan maksud yang tersembunyi.
Manakala kufur bagi mukmin yang meninggalkan sembahyang pula ada disebut Rasulllullah s.a.w. dengan sabdanya yang berbunyi: " Perbezaan antara kufur dan iman ialah meninggalkan sembahyang". Dengan meninggalkan sembahyang berarti mukmin itu telah melakukan amalan kufur atau hampir menjadi kufur atau itulah dia kufur yang sering dilakukan oleh orang-orang mukmin yang mengaku islam dan beiman.
Kemuncak dari kekufuran ialah tidak mengaku Tuhan yang Maha Esa. Manusia muslim tidak mahu jika mereka dikatakan kafir, malahan menghukum seseorang muslim lain sebagai kafir adalah berdosa besar. Seseorang yang beriman dengan sendirinya terhindar dari kekufuran begitu pula sebaliknya seseorang yang kufur sudah pastinya tidak beriman. Iman dan kufur tidak boleh berjalan seiringan atau duduk semeja.
Jelaslah bahawa orang-orang Islam yang mengaku beriman, sekiranya ia melakukan sesuatu yang bertentangan dengan konsep iman, maka sesungguhnya ia telah melakukan amalan kufur atau telah melangkah kakinya masuk kekawasan kufur, atau telah menderhaka kepada Allah s.w.t.
Masyarakat Islam hari ini hendaklah menjaga kehormatan diri dengan menjaga keimanan dan menjauhi kekufuran, memantabkan akidah dan menambah amal ibadah, kelakuan dan akhlak menuruti syi'ar dan syari'at islam yang sebenar-benarnya.
No comments:
Post a Comment