Soalan Nabi (1) : " Hai Iblis..! Siapakah seteru (musuh) engkau yang paling besar ? Bagaimankah dia kepada engkau ? "
Jawab Iblis : " Ya Nabi Allah, Tuan hambalah musuh hamba yang paling besar dari sekalian seteru hamba yang ada diatas muka bumi ini. " Ya Khotamull 'ambia', adapun hamba ini dapat menukarkan (menyerupai) diri hamba dengan sebarang rupa manusia, binatang dan lain-lain hingga suaranya pun sama tiada lansung berbeza, kecuali sifat tuan hamba sahaja yang hamba tidak dapat menyerupainya, kerana ditegah oleh Tuhan. Sekiranya hamba menjadikan diri hamba seperti tuan hamba, maka terbakarlah seluruh tubuh hamba menjadi abu. Hamba bersungguh-sungguh hendak mencabut 'iktikad (iman) anak Adam supaya menjadi kafir, murtad dan munafik ini disebabkan Tuan Hamba bersungguh-sungguh menyeru mereka (anak Adam) kepada pegangan Agama Islam.Hamba hasut sekalian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang lurus dan beralih kejalan yang sesat supaya kesemua mereka masuk ke neraka bersama-sama hamba dan tinggal kekal didalamnya."
Soalan Nabi (2) : " Hai Iblis..!..Bagaimanakah perbuatan mu kepada makhluk Allah."
Jawab Iblis : " Kejayaan besar bagi hamba jika kaum perempuan merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya hingga melahirkan anak (berzina lelaki dan perempuan). Akan hamba goda manusia supaya meninggalkan sembahyang kerana leka dengan makan minum, dan hamba lalaikannya dengan hartabenda daripada emas perak, rumah, kebun, ladangnya supaya hasilnya diperolehi daripada pekerjaan yang haram dibelanjakan kepada yang haram. Telah ramailah manusia lelaki dan perempuan yang hamba pesongkan imannya lalu hamba kerah segala bala tentera hamba supaya menyesatkan mereka menjadi syirik dan derhaka. Hamba akan berada dimajlis-majlis (hiburan lara) yang bercampur laki-laki dan perempuan. Disini bala tentera hamba sedaya upaya akan menggoda manusia supaya minum arak, dengan demikian akan hilanglah akal serta maruah mereka, hilang malu maka mudahlah bagi hamba membuka pintu-pintu maksiat (kejahatan) yang besar seperti berzina, berhasat dengki, mencuri, merompak, berbunuhan diantara mereka. Apabila mereka teringat untuk bertaubat kembali kepangkal jalan (melakukan amal ibadah), hamba akan menghalanginya, menghasut mereka supaya bertangguh-tangguh hendak mengerjakan ibadah/kebaikan, hamba menggandakan usaha mengheret mereka agar sentiasa didalam perbuatan maksiat. Hamba mengarahkan bala tentera seperti jin dan syaitan menyerap masuk kedalam tubuh badan, apabila telah digoda pada hatinya maka sentiasalah mereka merasa riak, takabbur dan sombong. Apabila digoda pada lidahnya maka sentiasalah mereka suka berdusta, berbohong, mencela, mengumpat, memaki hamun diantara satu sama lain. Demikianlah hamba menghasut mereka itu pagi dan petang, siang dan malam.
No comments:
Post a Comment