Diceritakan bahawa Imam Ahmad bin Hambal sentiasa menghurmati Imam Syafei r.a. dan dia selalu menyebut dan memujinya kerana ilmu pengetahuan Imam Syafei telalu luas dan kelebihannya yang mengatasi Ulamak-ulamak lain dimasa itu. Imam Ahmad bin Hambal mempunyai seorang anak perempuan yang amat gemar beribadah. Kebiasaannya disepanjang malam ia beribadah sembahyang, manakala diwaktu siangnya pula ia berpuasa. Dia juga amat suka mendengar cerita-cerita tentang orang-orang yang soleh dan 'alim. Menjadi cita-citanya hendak melihat bagaimana rupa Imam Syafei yang sering diceritakan oleh ayahandanya setiap waktu tentang kelebihan dan ketinggian ilmu pengetahuannya.
Pada suatu hari Imam Syafei r.a. telah membuat keputusan untuk bermalam dirumah Imam Ahmad bin Hambal. Berita ini lalu disampaikan oleh Imam Ahmad kepada anak gadisnya, wah ! bukanmain lagi gembiranya anak gadis tersebut kerana cita-cita dan impiannya selama ini akan berhasil dan dia akan dapat melihat sendiri bagaimana keadaan Imam Syafei yang sangat dikaguminya itu.
Diringkaskan cerita, ketika tiba malam hari anak gadis tersebut hanya melihat ayahandanya sahaja yang bangun bersembahyang sunat, berzikir dan berwirid sehingga terbit wajar sedangkan Imam Syafei terus baring tidak mengerjakan ibadah sebagaimana ayahandanya. Apabila tiba sahaja waktu pagi, gadis tersebut terus sahaja menemui ayahandanya lalu bertanya: " Anakanda melihat ayahanda terlalu menghurmati dan memuliakan Imam Syafei, sedangkan semalam anakanda melihat dia tidak bangun sembahyang, berzikir dan berwirid sebagaimana ayahanda..??"
Sedang Imam Ahmad berbual-bual dengan anak gadisnya, Imam Syafei pun bangun, Imam Ahmad lalu bertanya: " Bagaimana tuan bermalam dirumah saya ini? " Jawab Imam Syafei: " Saya belum pernah lagi berjumpa seperti malam ini, kerana malam inilah yang terlalu baik dan saya telah mendapat banyak keberkatan dan keuntungan." Imam Ahmad merasa hairan lalu bertanya: " Bagaiman caranya tuan??" lalu
dijawab oleh Imam Syafei: " Semasa saya berbaring-baring malam tadi, saya dapat menyusun 100 masaalah agama untuk faedah orang-orang Islam."
Setelah beliau menunaikan solat subuh, beliau pun keluar dari rumah Imam Ahmad meneruskan tugasnya untuk orang-orang Islam. Imam Ahmad lalu berkata kepada anak gadisnya: " Itulah pekerjaan yang telah dilakukan oleh Imam Syafei malam tadi, dimasa ia tidur lebih baik dari apa yang telah aku kerjakan."
BEGITULAH ....BAGI SEORANG YANG BERILMU YANG WARA'....TIDURNYA ADALAH ILMU YANG MEMBERI MANAFAAT KEPADA INSAN LAIN.
No comments:
Post a Comment