Kesah Nabi Muhammad s.a.w. Bersoal-Jawab Dengan Raja Iblis 'alaiihi lla'knah.
Allah s.w.t. telah memerintahkan seorang Malaikat supaya pergi kepada Raja Iblis Syaitan 'alaiihi lla'nah, menyuruh dia supaya mengadap Nabi Mumammad s.a.w. dan mengkhabarkan segala jenis rahsia yang disukainya dan dibencinya. Adapun hikmah dari perintah Allah ini tidak lain bertujuan membesarkan ketinggian darjat Nabi Muhammad s.a.w. dan juga supaya menjadi suatu perisai dan peringatan kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.
Maka Malaikat pun datanglah kepada Iblis dan berkata: " Hai Iblis..! bahawa Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Besar memerintahkan engkau mengadap kehadrat Rasullullah s.a.w., hendaklah engkau bukakan segala rahsia mu, dan apa2 jua yang disoal oleh Nabi Muhammad s.a.w itu hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya !! Jika engkau berdusta walau dengan satu perkataan sekali pun niscaya diputus-putuskan segala suku-suku anggota mu dan segala auratmu serta disiksa engkau dengan azab yang amat keras !! "
Demi Iblis mendengar perkataan Malaikat itu, dia merasa sangat dahsyat dan merasa ketakutan, maka dengan segera diapun mengadap kehadhrat Nabi Muhammad s.a.w. dengan menyerupakan dirinya seperti seorang tua yang buta sebelah matanya, berjanggut putih banyaknya 10 helai, dan panjangnya seperti ekur lembu. Sesampainya dia dihadapan Nabi Muhammad s.a.w. lalu ia memberi salam dengan takzimnya sebanyak 3 kali tetapi tidak dijawab oleh Rasullullah s.a.w.
Sembah Iblis: " Ya Rasullullah, mengapakan tuanhamba tidak menjawab ucapan salam hamba ? bukankah ucapan Salam itu sangat mulia disisi Tuhan ?"
Maka Jawab Nabi dengan marahnya: " Hai seteru Allah !!..kepada akukah engkau hendak menunjukkan tipu muslihatmu ?!! Sesuailah wajah engkau dengan perangai engkau itu hendak menipu aku sebagaimana engkau telah menipu Nabi Adam hingga keluar dari Syurga, Habil mati teraniaya dibunuh oleh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Allah Ayub engkau tiupkan dengan asap racun pada masa ia sedang sujud didalam sembahyangnya hingga berapa lama ia menanggung sengsara angkara perbuatan engkau dan kisah Nabi Daud dengan perempuan pahlawan 'Uria, dan nabi Allah Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyerupai dirimu seperti isterinya lalu engkau larikan cincinnya, demikian juga beberapa orang Anbia' dan Pendeta yang telah menanggung sengsara teranianya oleh perbuatanmu yang khianat !! Hai..Iblis..! sebenarnya ucapan salam sangat mulia disisi Tuhan 'azza wa jalla, hanya salam dari engkau aku tidak mahu menjawabnya kerana Allah mengharamkannya, sedangkan engkau akan dilaknat dan dihumban kedalam neraka. "
Nabi s.a.w. berkata lagi: " Aku sangat mengenali engkau, engkaulah Iblis raja segala Syaitan yang menyamarkan diri. Apakah tujuan engkau datang mengadap aku ini ?"
Maka sembah Iblis: " Ya Nabi Allah...janganlah tuanhamba marah, demi sesungguhnya tuan hamba kekasih Allah. maka tujuan hamba datang mengadap ini adalah dengan izin Allah jua setelah datang seorang malaikat menyuruh hamba mengadap tuan hamba, supaya tuan hamba bertanya apa2 jua tipu muslihat, tipudaya hamba keatas umat tuan hamba, bahkan sekalian manusia sejak dari nabi Adam hingga kezaman umat tuan hamba, hamba goda, hamba hasut, hamba tipu dan perdaya dengan cara halus agar mereka terpesong kejalan kesesatan dan binasa."
Raja Iblis lalu bersumpah dengan Nama Allah: " Ya Nabi Allah....setiap pertanya yang tuan hamba tanya akan hamba jawab satu persatu dengan sebenar-benarnya. Kiranya hamba berdusta walau sepatah kata sekalipun, niscaya akan terbakar hancur leburlah diri hamba menjadi abu."
Maka apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendengarkan sumpah pengakuan Raja Iblis itu, baginda pun tersenyum dan merasa amat gembira kerana soal jawab dengan Iblis nanti dapat didengar juga oleh para sahabat yang hadir dimajlis tersebut lebih-lebih lagi ia akan menjadi suatu senjata atau perisai kepada sekelian umatnya sehingga kemudian hari kelak.
No comments:
Post a Comment