Daripada Abu Hurairah r.a., Rasullullah s.a.w. bersabda :
" Tanda orang munafik tiga: Apabila bercakap berdusta, Apabila berjanji mungkir dan Apabila diamanah berkhianat " (di riwayatkan oleh Bukhari.)
Daripada Abdullah bin Umar r.a. , Nabi s.a.w. bersabda :
" 4 sifat sesiapa yang ada padanya keempat-empat sifat itu, adalah dia seorang munafik yang sebenar-benarnya;
Sesiapa ada satu sifat daripadanya, ia adalah mempunyai satu sifat 'talam dua muka' (munafik) sehingga ia meninggalkannya.
1. Sesiapa yang apabila diamanahkan, ia bekhianat.
2. Sesiapa yang apabila bercakap ia berdusta.
3. Sesiapa yang apabila berjanji, ia tidak menepatinya ,
4. dan apabila bergaduh ia melampaui dan jahat.
(Riwayat Bukhari).
No comments:
Post a Comment