Saturday, 19 November 2011

ADAB-ADAB BERSAMA AL-QURAN.....................

Maha Suci Allah, dengan iradah dan rahmatNya telah menurunkan Al-Quran sebagai sumber nasihat, penawar, petunjuk dan rahmat kepada mereka yang beriman.
Bandingannya bagi orang-orang yang pernah mengalami perasaan cinta.........pasti akan mengetahui bagaimana tingginya nilai sebuah cinta yang hakiki kepada orang yang dicintai dan dikasihi, begitulah juga hebatnya perasaan kasih cinta kita  dikala membaca dan menghayati isi kandungan Al-Quran, kita dapat merasakan keindahan, kesyahduan, kecintaan dan kerinduan kita kepada yang Maha Pencipta, sekaligus hati-hati kita akan dibuai dengan rasa sayu pilu yang mendekatkan dan mengingatkan kita ke hari-hari terakhir kehidupan kita..........iaitu Saat Kematian dan Hari Akhirat.


Al-Quran memberi kita panduan bagaimana cara-cara yang terbaik ketika kita berinteraksi dengannya, diantaranya:
     1.  Mentartilkan bacaan -  iaitu membaca dengan bertajwid.
     2.  Jangan gopoh ketika membaca -  iaitu membaca dengan tertib, teratur, perlahan tidak terburu-buru.
     3.  Mengelokkan bacaan - iaitu membaca dengan suara yang merdu, dengan bertarannum, menuturkannya dengan lahjah kearaban (gaya pertuturan Arab).
    4.  Merasakan benar-benar berbicara dengan Allah s.w.t. - iaitu dengan hati yang ikhlas, khusyuk dan tawadduk.
    5.  Memohon perlindungan Allah sebelum memulakan bacaan - iaitu memohon perlindungan Allah dari Syaitan yang direjam.

DIANTARA ADAB-ADAB MEMULAKAN BACAAN AL-QURAN.

  1. Membersihkan mulut dengan menggosok gigi.
  2. Berwudhu' sebelum memulakan memegang Al-Quran dan membacanya.
  3. Mengikhlaskan niat kerana Allah supaya amal atau bacaan kita menjadi ibadah.
  4. Duduk ditempat yang bersih dan sewajarnya.
  5. Duduk dengan tenang, khusyuk dan tawadduk.
  6. Menghadap kearah Kiblat (jika dapat).
  7. Memulakan bacaan dengan Isti'azah.
  8. Diikuti dengan membaca Basmalah pada awal surah (kecuali Surah At-Taubah).
  9. Membaca dengan suara yang baik (merdu) dan menarik (lunak)
  10. Membaca dengan penuh adab dan tartil (bertajwid).
  11. Menghayati maksud ayat yang dibaca (jika memahami maknanya).
  12. "Sunat" membaca dengan suara yang kuat jika tidak menimbulkan rasa riya'.
  13. Membaca mengikut tertib ayat atau surah atau musyaf.
  14. "Disunatkan" sujud jika melepasi " ayat sajdah". Jangan memutuskan bacaan jika tidak perlu. Jika terputus bacaan dengan sebab bercakap-cakap perkara yang tiada kaitan dengan Al-Quran, maka mulakanlah semula bacaan dengan Isti'azah. 
  15. "Sunat" bertasbih bila melepasi ' ayat tasbih' dan beristighfar selepas 'ayat istighfar'.
  16. Diakhiri bacaan dengan bacaan " Sodaqollah hal'aziim".
  17. Letakkan atau simpan Al-Quran ditempat terhormat.
                                                        
                        >>>>>>>Sabda Nabi Muhammad s.a.w>>>>>>>>>
....SEBAIK-BAIK IBADAH UMATKU IALAH MEMBACA AL-QURAN.......




.

No comments:

Post a Comment