Al-Quran diturunkan kapada Rasulullah.s.a.w. diGua Hira' dengan 5 ayat sahaja itu surah Al-'Alaq. Surah ke 2 diturunkan ialah surah Al-Muddatsir (keseluruhan ayat). Selepas itu ayat-ayat Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat, beransur-ansur mengikut sesuatu keadaan, peristiwa-peristiwa semasa yang berlaku dan mengikut keperluan diwaktu itu.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. semua ayat-ayat Al-Quran yang berselerak tadi dikumpul, dihimpunkan dan disimpan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman Ibni Affan dan Ali bin Abi Talib (Khalifah Al-Rashidin)
Al-Quran diturunkan secara bertajwid berperingkat-peringkat sehingga sampai 30 juzu'. Ianya disampaikan kepada Rasulullah dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur selama 23 tahun. Pada setiap bulan Ramadhan Jibril datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk mendengar dan menyemak bacaan Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w. secara bertalaqki (berguru).
Sehinggalah apabila Rasulullah s.a.w. wafat, para sahabat bersetuju melantik Saidina Abu Bakar menjadi Khalifah yang pertama. Pada tahun tersebut mereka (para sahabat) khalifah beusaha memerangi orang-orang, Islam yang murtad dan memerangi orang-orang Islam yang enggan membayar zakat. Dalam satu peperangan yang bernama peperangan Al-Yamamah dimana terdapat ramai kalangan para sahabat yang menghafal Al-Quran telah terkurban berjumlah 70 orang. Saidina Umar amat dukacita lalu memberi cadangan kepada Saidina Abu Bakar supaya Al-Quran dikumpulkan agar tidak hilang.
Saidina Abu Bakar yang pada mulanya tidak bersetuju kerana Rasullullah tidak pernah mengarahkan supaya Al-Quran dikumpul akhirnya bersetuju lalu melantik Zaid bin Thabith melakukan kerja-kerja pengumpulan Al-Quran dibantu oleh beberapa orang yang hafiz Al-Quran. Mereka menyalin seluruh ayat-ayat Al-Quran dizaman Rasullullah yang ditulis diatas kulit binatang, kulit kayu (pelepah tamar), tulang-tulang, lalu disimpan oleh Saidina Umar dirumahnya sahaja (sebagai rujukan kepada orang ramai) - sehingga Saidina Abu Bakar wafat.
Setelah Saidina Umar wafat pada 27 Zulhijjah tahun23 hijrah, anakanda baginda Saidatina Hafsah (isteri Nabi) pula mengambil giliran menyimpan Al-Quran tersebut. 3 hari selepas kewafatan Saidina Umar, Saidina Uthman pula dilantik menjadi Khalifah.
Dizaman Saidina Uthman inilah Islam mula berkembang keseluruh pelusuk negeri Syam, Iraq, Afrika, yangmana dinegeri-negeri tersebut terdapat qari-qari yang ada naskhah Al-Quran tersendiri. Saidina Uthman mula membentuk Jawatan Kuasa penulis Al-Quran terdiri daripada: Zaid bin Thabith (sebagai ketua), Abdullah bin Zaid, Said bin Aush dan Abdul Rahman bin Harith.
AL-QURAN MULA BERKEMBANG DENGAN PESAT, TERSEBAR DENGAN LUASNYA SEHINGGALAH TERBENTUKNYA ' RESAM UTHMANI ' YANG DIGUNA PAKAI HINGGA KINI......Allah hu 'aklam.
No comments:
Post a Comment