Wednesday, 30 November 2011

SIFAT ORANG MUNAFIK----Tanda-tandanya.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasullullah s.a.w. bersabda :

" Tanda orang munafik tiga: Apabila bercakap berdusta, Apabila berjanji mungkir dan Apabila diamanah berkhianat " (di riwayatkan oleh Bukhari.)

Daripada Abdullah bin Umar r.a. , Nabi s.a.w. bersabda :

" 4 sifat sesiapa yang ada padanya keempat-empat sifat itu, adalah dia seorang munafik yang sebenar-benarnya;
   Sesiapa ada satu sifat daripadanya, ia adalah mempunyai satu sifat 'talam dua muka' (munafik)     sehingga ia meninggalkannya.

 1.  Sesiapa yang  apabila diamanahkan, ia bekhianat.


 2.  Sesiapa yang apabila bercakap ia berdusta.


3.   Sesiapa yang apabila berjanji, ia tidak menepatinya ,


4.   dan apabila bergaduh ia melampaui dan jahat.


(Riwayat Bukhari).

MUTIARA KATA.....Kata-kata Yang Baik Itu Adalah Doa yg Berterusan.

( Dari Saidina Ali r.a ).:

 " Janganlah kamu berkata barangyang kamu tidak tahu, bahkan berkatalah apa yang kamu tahu, kerana buat-buat tahu apa yang kamu tidak tahu separuh dari orang bodoh."

( Dari Prof.Hamka ):

" Persahabatan yang setia ialah tidak membuka segala rahsia kawan walaupun rahsia itu jahat."

(Dari Ibni Su'uad ):

" Racun bagi sahabat ialah fitnah, dan madu bagi sahabat ialah sifat jujur dan setiakawan."

( Dari Plato ):

" Banyak orang menjadi mulia dengan kemegahan pangkatnya, tetapi kurang menjadi mulia dengan kemiskinan."

Friday, 25 November 2011

MENASIHATI HATI.............

Wahai hati...........
Berhati-hatilah daripada cinta dunia, bibit dari segala dosa dan perosak amal kebaikan.
Wahai Hati..........
Engkau tundukkanlah dunia, kerana dunia tidak boleh diletakan didalam mu.
Wahai Hati..........
Perbanyakkanlah zikirmu, supaya engkau tidak termasuk golongan orang yang lalai disisi Allah.
Wahai Hati...........
Ketahuilah bahawa satu rakaat diwaktu malam lebih baik dari seribu rakaat diwaktu siang.
Wahai Hati.........
Janganlah berbisik ghibah atau namimah (menyebut keburukan orang atau mengadu domba mereka).
Wahai Hati............
Janganlah membalas, mengganggu orang yang mengganggumu, maafkanlah aorang yang menganiayamu.
Wahai Hati...........
Berikanlah kepada orang yang bakhil kepadamu, berbuat baiklah kepada orang yang berbuat jahat padamu.
Wahai Hati.........
Sebaik-baik akhlak budi pekertimu ialah sempurna imanmu.
Wahai Hati.........
Ketahuilah, bahawa sesiapa yang tidak berilmu tidak berharga di dunia dan di akhirat.
Wahai Hati.........
Katahuilah, sesiapa yang tidak sabar tidak berguna ilmunya.
Wahai Hati.........
Ketahuilah, sesiapa yang tidak dermawan tidak mendapat keuntungan dari kekayaannya.
Wahai Hati.........
Ketahuilah, sesiapa yang tidak menyayangi sesama manusia tidak akan disayangi dan tidak mendapat syafaat disisi Allah.
Wahai Hati........
Ketahuilah, sesiapa yang tidak bertaqwa tidak berharga disisi Allah dan tidak mendapat Syurga Allah.


WAHAI HATI.............Berzikirlah pada Allah dengan haati yang hadhir (khusyu') dan jauhi daripada lalai kerana lalai itu menyebabkan hati beku. Serahkan dirimu pada Allah, relakan hatimu menerima bala ujian, sebagaimana gembira hatimu dikala menerima nikmat Allah dan tundukkan hawa nafsumu dengan meninggalkan shahwat.

BAGAIMANA MENDIDIK HATI..........

Sabda Rasulullah s.a.w:...
" Didalam jasad anak Adam ini terdapat seketul daging, jika busuk ia (daging tersebut), maka busuklah keseluruhan jasad tersebut."..Seketul daging yang dimaksudkan ialah ' HATI'. Dari hati yang bahagia akan lahirlah sifat TAKWA.

Oleh itu didiklah HATI.....
Mengenal Allah, sehingga antaramu dengan Allah tidak ada perantara, sehingga merasa lapang dada, berseh hati dan luhur budi pekertimu.

Didiklah HATI.....
Melakukan semua akhlak yang baik menurut Sunnah Rasulullah dan meninggalkan semua akhlak yang rendah, meninggalkan semua yang makruh, shubhat dan haram.

Didiklah HATI.....
Melepaskan hawa nafsu menurut ketentuan yang mendapat redha Allah.

Didiklah HATI...
Merasa tiada memiliki apa-apapun, juga tidak dimiliki oleh sesiapapun kecuali Allah.

Lalu berjalanlah dimuka bumi Allah ini dengan
Berbekal HATI yang:
    1.   Taqwa kepada Allah lahir dan bathin dalam diri sendiri mahupun  dalam pandangan manusia.
    2.   Mengikuti Sunnatu Rasullullah dalam semua tutur kata dan perbuatan.
    3.   Mengabaikan semua sangkaan makhluk dalam kesukaan atau kebencian mereka (tidak menghiraukan
          apakata mereka).
    4.   Rela (redha) menurut Hukum Allah ringan atau berat.
    5.   Kembali kepada Allah dalam apa jua keadaan (suka atau duka).

BERSYUKURLAH padaNYA ketika dalam gembira...dan
BERLINDUNGLAH padaNYA ketika dalam duka.

Saturday, 19 November 2011

ADAB-ADAB BERSAMA AL-QURAN.....................

Maha Suci Allah, dengan iradah dan rahmatNya telah menurunkan Al-Quran sebagai sumber nasihat, penawar, petunjuk dan rahmat kepada mereka yang beriman.
Bandingannya bagi orang-orang yang pernah mengalami perasaan cinta.........pasti akan mengetahui bagaimana tingginya nilai sebuah cinta yang hakiki kepada orang yang dicintai dan dikasihi, begitulah juga hebatnya perasaan kasih cinta kita  dikala membaca dan menghayati isi kandungan Al-Quran, kita dapat merasakan keindahan, kesyahduan, kecintaan dan kerinduan kita kepada yang Maha Pencipta, sekaligus hati-hati kita akan dibuai dengan rasa sayu pilu yang mendekatkan dan mengingatkan kita ke hari-hari terakhir kehidupan kita..........iaitu Saat Kematian dan Hari Akhirat.


Al-Quran memberi kita panduan bagaimana cara-cara yang terbaik ketika kita berinteraksi dengannya, diantaranya:
     1.  Mentartilkan bacaan -  iaitu membaca dengan bertajwid.
     2.  Jangan gopoh ketika membaca -  iaitu membaca dengan tertib, teratur, perlahan tidak terburu-buru.
     3.  Mengelokkan bacaan - iaitu membaca dengan suara yang merdu, dengan bertarannum, menuturkannya dengan lahjah kearaban (gaya pertuturan Arab).
    4.  Merasakan benar-benar berbicara dengan Allah s.w.t. - iaitu dengan hati yang ikhlas, khusyuk dan tawadduk.
    5.  Memohon perlindungan Allah sebelum memulakan bacaan - iaitu memohon perlindungan Allah dari Syaitan yang direjam.

DIANTARA ADAB-ADAB MEMULAKAN BACAAN AL-QURAN.

  1. Membersihkan mulut dengan menggosok gigi.
  2. Berwudhu' sebelum memulakan memegang Al-Quran dan membacanya.
  3. Mengikhlaskan niat kerana Allah supaya amal atau bacaan kita menjadi ibadah.
  4. Duduk ditempat yang bersih dan sewajarnya.
  5. Duduk dengan tenang, khusyuk dan tawadduk.
  6. Menghadap kearah Kiblat (jika dapat).
  7. Memulakan bacaan dengan Isti'azah.
  8. Diikuti dengan membaca Basmalah pada awal surah (kecuali Surah At-Taubah).
  9. Membaca dengan suara yang baik (merdu) dan menarik (lunak)
  10. Membaca dengan penuh adab dan tartil (bertajwid).
  11. Menghayati maksud ayat yang dibaca (jika memahami maknanya).
  12. "Sunat" membaca dengan suara yang kuat jika tidak menimbulkan rasa riya'.
  13. Membaca mengikut tertib ayat atau surah atau musyaf.
  14. "Disunatkan" sujud jika melepasi " ayat sajdah". Jangan memutuskan bacaan jika tidak perlu. Jika terputus bacaan dengan sebab bercakap-cakap perkara yang tiada kaitan dengan Al-Quran, maka mulakanlah semula bacaan dengan Isti'azah. 
  15. "Sunat" bertasbih bila melepasi ' ayat tasbih' dan beristighfar selepas 'ayat istighfar'.
  16. Diakhiri bacaan dengan bacaan " Sodaqollah hal'aziim".
  17. Letakkan atau simpan Al-Quran ditempat terhormat.
                                                        
                        >>>>>>>Sabda Nabi Muhammad s.a.w>>>>>>>>>
....SEBAIK-BAIK IBADAH UMATKU IALAH MEMBACA AL-QURAN.......




.

Friday, 18 November 2011

KELEBIHAN AL-QURAN SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH.S.W.T.

Mukaddimah.

Al-Quran merupakan Mukjizat Nabi yang kekal sehingga ke hari Kiamat. Ia juga merupakan Mukjizat Teragung yang mempuyai pelbagai kelebihan. Terdapat banyak ayat-ayat Al_Quran dan hadith yang
 menyebut tentang kelebihanya diantaranya:

Firman Allah dalam (surah Al-Isra' : 82);
    " Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim, selain kerugian."

Firman Allah dalam (surah Al-Isra' : 88)
   " Katakanlah (wahai Muhammad)..." Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain."

Firman Allah dalam (surah Al -An'aam : 114)
    " Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab Al-Quran kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahawa Al-Quran itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu."

Firman Allah dalam (surah An-Nahl : 44)
    " Dan kami turunkan kepada mu Al-Quran, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkan."
    " Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (Al-Quran) kepada hambaNya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam." (Al-Furqaan : 1)

Firman Allah dalam (surah Al-Baqarah : 121)
    " Orang-orang yang telah kami berikan Al-Kitab (Al-Quran) kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya (tidak merobah dan menta'wilkan Al-Kitab sesukahatinya), mereka itu beriman kepadanya, dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."





    

MARI MEMBACA AL-QURAN.

SEJARAH RINGKAS ALQURAN.
Al-Quran diturunkan kapada Rasulullah.s.a.w. diGua Hira' dengan 5 ayat sahaja itu surah Al-'Alaq. Surah ke 2 diturunkan ialah surah Al-Muddatsir (keseluruhan ayat). Selepas itu ayat-ayat Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat, beransur-ansur mengikut sesuatu keadaan, peristiwa-peristiwa semasa yang berlaku dan mengikut keperluan diwaktu itu.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. semua ayat-ayat Al-Quran yang berselerak tadi dikumpul, dihimpunkan dan disimpan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman Ibni Affan dan Ali bin Abi Talib (Khalifah Al-Rashidin)

Al-Quran diturunkan secara bertajwid berperingkat-peringkat sehingga sampai 30 juzu'. Ianya disampaikan kepada Rasulullah dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur selama 23 tahun. Pada setiap bulan Ramadhan Jibril datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk mendengar dan menyemak bacaan Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w. secara bertalaqki (berguru).
 
Sehinggalah apabila Rasulullah s.a.w. wafat, para sahabat bersetuju melantik Saidina Abu Bakar menjadi Khalifah yang pertama. Pada tahun tersebut mereka (para sahabat) khalifah beusaha memerangi orang-orang,  Islam yang murtad dan memerangi orang-orang Islam yang enggan membayar zakat. Dalam satu peperangan yang bernama peperangan Al-Yamamah dimana terdapat ramai kalangan para sahabat yang menghafal Al-Quran telah terkurban berjumlah 70 orang. Saidina Umar amat dukacita lalu memberi cadangan kepada Saidina Abu Bakar supaya Al-Quran dikumpulkan agar tidak hilang.

Saidina Abu Bakar yang pada mulanya tidak bersetuju kerana Rasullullah tidak pernah mengarahkan supaya Al-Quran dikumpul akhirnya bersetuju lalu melantik Zaid bin Thabith melakukan kerja-kerja pengumpulan Al-Quran dibantu oleh beberapa orang yang hafiz Al-Quran. Mereka menyalin seluruh ayat-ayat Al-Quran dizaman Rasullullah yang ditulis diatas kulit binatang, kulit kayu (pelepah tamar), tulang-tulang, lalu disimpan oleh Saidina Umar dirumahnya sahaja (sebagai rujukan kepada orang ramai)  -  sehingga Saidina Abu Bakar wafat.

Setelah Saidina Umar wafat pada 27 Zulhijjah tahun23 hijrah, anakanda baginda Saidatina Hafsah (isteri Nabi) pula mengambil giliran menyimpan Al-Quran tersebut. 3 hari  selepas kewafatan Saidina Umar, Saidina Uthman pula dilantik menjadi Khalifah.

Dizaman Saidina Uthman inilah Islam mula berkembang keseluruh pelusuk negeri Syam, Iraq, Afrika, yangmana dinegeri-negeri tersebut terdapat qari-qari yang ada naskhah Al-Quran tersendiri. Saidina Uthman mula membentuk Jawatan Kuasa penulis Al-Quran terdiri daripada: Zaid bin Thabith (sebagai ketua), Abdullah bin Zaid, Said bin Aush dan Abdul Rahman bin Harith.

AL-QURAN MULA BERKEMBANG DENGAN PESAT, TERSEBAR DENGAN LUASNYA SEHINGGALAH TERBENTUKNYA ' RESAM UTHMANI ' YANG DIGUNA PAKAI HINGGA KINI......Allah hu 'aklam.